

my cayang
Join me on facebook
Contact Me

..:My Links:..My Sis Ana
My Sis Fiedah
feruz ngap ngap aum
Nonie Kakakdegil
Ann Cake Kerim
Azlina Jalil
CiKaN HeVoLi
aiman
daus d'angeldream
My Gallery
RSS Atom
Graphics by:
Devonshire Design
Pears
|

Sunday, April 11, 2010
Pada 5hb April lepas, selepas 5 bulan berjauhan, Fariheen datang ke bumi semenanjung. Rindu yang selama ini aku tanggung terubat ,saat Fariheen aku 'terkam' dan peluk cium. Rindunya aku.. hanya Allah yang tahu.
Seminggu Fariheen kat sini, tak banyak tempat aku dapat bawa dia berjalan. Tapi aku tahu, Fariheen tak kisah semua tuh. Yang penting, dia dapat habuan berupa mainan dan jajan (-_-)". Fariheen terlalu seronok kat sini, dia kata, dia tak nak balik Sabah, nak duduk dengan ummi. Ya Allah, hati aku rasa macam dicarik-carik bila dengar dia cakap macam tuh. Kalo turutkan hati memang aku dah tak bagi dia balik sana lagi dah. Tapi keadaan diri aku tak mengizinkan lagi.
Tengahari tadi, aku hantar Fariheen balik. Nampak sangat dia dah mula faham. Dia tak ceria macam hari-hari sebelum nih. Saat nak lepaskan dia sebelum dia boarding, aku peluk dan cium dia berkali-kali. Air mata mencurah-curah. Aku dah tak hiraukan orang keliling. Hati aku terlalu berat untuk berpisah dengan Fariheen sekali lagi. Pagi tadi, aku menangis waktu kemas baju-baju dia dalam beg. Terdetik dalam hati, kenapa perlu macam nih ? kenapa perlu berjauhan lagi ? Tapi aku tahu, ada hikmah di sebalik semua nih.
Fariheen cakap, "ummi, kenapa ayie tidak boleh tinggal dengan ummi ?". Aku balas, "ayie doalah supaya ummi dapat rezeki banyak-banyak, nanti ummi boleh cepat-cepat bawa ayie tinggal sini". Tadi, dalam perjalanan ke LCCT, Fariheen cakap, "ummi, ayie sudah doa, supaya ummi dapat duit baaannyyyakkkk duit beratus juta ringgit, ummi beli rumah cantik warna purple, dapur pun warna purple". Dalam hati, aku berdoa, semoga Allah mengabulkan doa anakku ini.
Aku menangis sepanjang perjalanan balik ke rumah. Sampai rumah aku nangis lagi. Kerepek yang dia makan, air kotak favourite dia, ice lemon tea, ubat batuk dia, masih ada lagi. Bantal yang jadi alas dia tidur sepanjang dia kat sini aku dakap, aku cium. Baru berapa jam aku berpisah dengan dia, rindu aku semakin membuak-buak.
Ya Allah, kuatkanlah semangatku. Permudahkanlah jalan buat aku dan Fariheen untuk hidup bersama semula. Semoga aku tak perlu tunggu lama untuk saat itu. Amin.
Posted at 4/11/2010 4:01:11 pm by cayang
Permalink
Sunday, February 14, 2010
Dah 4 bulan aku berada di bumi Semenanjung. Bermakna dah 4 bulan aku berjauhan dengan Fariheen. Peritnya rasa. Jasad aku macam tak bernyawa tanpa dia di sisi. Hanya gambar-gambar Fariheen buat mengubat rindu. Walaupun tak terubat sekurangnya aku dapat menatap wajah kesayangan aku nih.
Terlalu banyak benda yang aku kena selesaikan sebelum bawa Fariheen datang ke sini. Sekolah dia. Siapa yang akan jaga dia sekiranya aku kena bertugas shift malam. Tapi Fariheen jangan risau. Ummi akan cuba sedaya upaya ummi untuk cari jalan supaya kita dapat bersama semula.
Hari ini genap 6 tahun usia blog nih. Hidup aku tak banyak beza. Ujian demi ujian aku terima. Doa aku semoga Allah SWT berikan aku cukup kekuatan untuk tempuhi semua nih.
Posted at 2/14/2010 8:24:38 am by cayang
Permalink
Saturday, September 19, 2009
Raya datang lagi. Takde beza dengan raya tahun2 yang sudah. Selain dari ahli keluarga, hanya ada aku dan Fariheen. Ini tahun ketiga Fariheen beraya tanpa seorang ayah. Tapi takpe lah. Fariheen masih ada ummi kan.
Aku tak shopping langsung untuk diri aku. Gaji takde. Syukurlah ada sedikit hasil jualan tudung. Dapat gak beli baju untuk Fariheen. Baju melayu 2 tahun yang lepas masih muat lagi. Dan masih kelihatan baru. Tapi aku tau Fariheen tak kisah semua tuh. Yang penting dia dapat main bunga api.
Bulan November nanti, aku akan menjadi warga Semenanjung semula. Aku dapat tawaran kerja kat sana. Setelah 3 tahun meninggalkan bumi Semenanjung, akhirnya aku kembali. Excited ? Excited lah gak. Tapi dalam masa yang sama aku sedih kerana belum mampu untuk membawa Fariheen tinggal bersama. Itu syarat yang dikenakan oleh mak bapak aku. Dorang takut kalo aku tak mampu nak uruskan Fariheen sorang diri dengan keadaan aku yang belum stabil lagi. Bapak cakap aku kena ada tempat tinggal tetap dan sekurangnya ada kereta barulah Fariheen leh duduk dengan aku. Konfem aku nangis tiap2 malam rindukan Fariheen. Beratnye dugaan aku kena tempuh. Semata-mata untuk cari rezeki buat anak aku. Ya Allah. Permudahkanlah niatku ini. Amin.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Dan aku memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada ahli keluarga dan semua kawan2 . Untuk mak bapak, ampunkan dosa2 anakmu ini. Dah terlalu banyak anakmu ini menyusahkan kalian berdua. Sampai akhir nyawa pun anakmu ini tak akan mampu untuk membalas jasa kalian. Untuk kawan2, maafkan aku atas semua perbuatan dan perkataan aku yang mengguris perasaan korang. Akhir sekali, buat seseorang yang jauh di mata, ampunkan salah silap mama sepanjang perkenalan kita. Terima kasih kerana sudi mengubat hati mama. I love you papa.
Posted at 9/19/2009 10:21:28 pm by cayang
Permalink
Friday, August 21, 2009
Ramadhan datang lagi. Bulan penuh dengan seribu keberkatan. Doa aku semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmah buat aku dan Fariheen.
Semakin hari semakin kuat ujian yang datang melanda. Dan di saat-saat macam nih baru aku tahu siapa yang betul-betul ikhlas menghulurkan pertolongan buat aku. Hidup sebagai ibu tunggal bukan senang. Di saat aku susah macam nih takde siapa yang boleh menolong aku melainkan Allah SWT.
Ya Allah.. hulurkan secebis simpati buat hambaMu yang hina ini.. tak tertanggung rasanya.. berikan hambaMu ini ketabahan untuk meneruskan hidup ini ya Allah
Posted at 8/21/2009 7:07:36 pm by cayang
Permalink
Saturday, July 25, 2009
Dekat sebulan tak update. Buat ape je ? Bz sebenarnye. 13hb yang lalu aku dan Fariheen bercuti-cuti Malaysia ke KL. So sebelum trip ke KL tuh aku terpaksa buat OT sebab nak siapkan kerja-kerja yang tertangguh.
Excitednya tak terhingga. Selepas 3 tahun tinggalkan bumi semenanjung. Banyak gak perubahan dia. Terutamanya kat tempat aku selalu lepak dulu. Medan Idaman Gombak kat Batu 5. Dah luas tempat dia.
Aku tak shopping sangat pon masa kat sana. Beli baju-baju Fariheen je. Hari kedua aku dan Fariheen naik Genting !! Yay !! Naik hari Selasa, turun hari Jumaat. Memang kopak ah. Tapi tak kesah lah tuh. Yang penting Fariheen happy !!
Aku akan bercerita lebih lanjut tentang percutian nih sebaik saje semua masalah aku selesai. So.. hang in there.
Posted at 7/25/2009 8:33:17 pm by cayang
Permalink
Tuesday, June 09, 2009
A year older.. a lot wiser ? Hehe.. I wish. Genap 33 dah umur aku tahun nih. Rasa dah tua sangat je. Terima kasih pada kawan-kawan yang wish birthday. Terima kasih banyak-banyak. Doa aku semoga Allah SWT memberikan aku kekuatan untuk terus tabah menempuhi liku-liku hidup aku yang memang dah berliku-liku nih. Amin.
Posted at 6/9/2009 12:33:39 am by cayang
Permalink
Don't buy Vista Security
|